- PERINGKAT-PERINGKAT PENGUTARAAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VIKTOR LOWENFELD.
1) PERINGKAT CONTENGAN (2-4 tahun) | CIRI-CIRI |
a) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu | - Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka - - Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara berulang-ulang - Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular berada pada tahap lemah) - Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok dapat memiliki alat dan diberi kebebasan) - Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan - Daya contengan bergantung kepada perkembangan fizikal dan psikologikal kanak-kanak |
b) Contengan terkawal ataupun contengan kawalan garisan | - Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan maskular tangan - Wujud koordinasi mata dan tangan - Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan - Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan - Alat contengan dipegang dengan lebih baik - Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng - Mula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang - Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula menyedari hubungan diantara contengan dengan objek tampak |
c) Contengan bermakna | - Lewat usia 3-4 tahun - Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas - Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar (cuba menggambarkan perasaan) - Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada pergerakan kinestetik) - Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam operasi konkrit |
2) PERINGKAT PRA- SKEMATIK (4- 7 tahun) | - Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka) - Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya - Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan reprensentasi tampak - Contoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka - Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan). - Objek dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukis - Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan. - Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa |
3) PERINGKAT SKEMATIK (7 – 9 tahun) | - Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya diulang-ulang - Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. - Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka. - Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. - Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. - Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration). - Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. - Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif). |
4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun) | - mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat - kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam jantina. - Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. - Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan - Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. - Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek. - Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). - Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. - Menguunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya. - Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak - rangsangkan pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini - Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai. - Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari - Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran |
5) PERINGKAT PENAAKULAN (12-14 tahun) | - Peringkat Peeudo-natiralistik, iaitu lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan - Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. - Lukisannya diolah lebih natural - Mmahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat - Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma menggunakan perspektif - Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan satirikal. |
6) PERINGKAT REMAJA (14-17 tahun) | - Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. - Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri. - Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. - Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. - Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang disukainya seperti batik, catan dan sebagainya. - Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi |
No comments:
Post a Comment