Istana Kellie
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Kellie atau
Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (
Folly Kellie) ialah sebuah
istana kota yang terletak di tepi jalan
Simpang Pulai ke
Batu Gajah,
Negeri Perak.
Bangunan
Istana Kellie atau
Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang
getah terkemuka
British bernama
William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah
istana Moghul di bandar
Agra,
India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari
Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam
pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan
timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (
Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina
Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar
London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh
Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan
Lisbon,
Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke
Batu Gajah kerana keunikannya.
[sunting] Perancangan dan pembinaan awal
Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi
sungai.
Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.
[sunting] Tarikan pelancong
Sebuah jambatan menyeberangi
Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie. Sebuah kedai makan dan kedai cenderamata dan tapak parkir kereta telah dibina
Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990.
Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran
drama dan
filem. Antaranya ialah filem
Anna And The King yang dilakonkan oleh
Chow Yuen Fatt.
[sunting] Cara ke sana
Masa kecil dulu tak da siapa yang berani singgah kerana penuh dengan belukar dan terbiar.Daripada cerita nenek teman, tempat ini berpenunggu.Apa yang menarik tentang keunikan bangunan ini ialah simen yang digunakan untuk menyimen bata adalah dari putih telur semata-mata.Itu sebab sampai sekarang batu batanya tidak berlumut dan teguh.
Teman dah sampai ke puncak bangunan ni.Disini terdapat tempat landasan helicopter landing.Masa teman pegi dengan keluarga,bangunan ni masih asli sebelum diubahsuai.Memang amat menyeramkan.Terdapat satu tangga berlorong ke bawah tanah.Tapi teman takut lalu kut situ.Dengar kata terowong itu masa ada dan melewati sungei yang mengalir di depannya.Kalau tak salah teman namenye Sungei Tekah.
Ate........datang le....ke Ipoh. Nengokle sendiri....Tapi bangunan ni dah tak asli rope dulu.......banyok benor dah di oter(diubah).Antu pun dah takut dengan manusia.Ghama(ramai) yang dah duduk berkeloh kat lamannye....Filem pun dah dibuat kat sini. Jom.....kite.......
Pada pokok ini di katakan terdapat bentuk seperti seekor beruang yang sedang berpaut / berpeluk pada batang pokok, cuba anda perhatikan di mana atas adalah mukanya yang memandang ke sini serat tangan kanan memegang dahan dan kaki seperti mahu memanjat. Hal ini ditemui oleh seorang pelakon terkenal Gerak Khas iaitu Zulkifli ketika mahu bergambar bersama dengan anak-anak, hal ini adalah merupakan satu penemuan baru pada tahun 2007
Menara di ambil dari tempat dimana Tuan Kellie berdiri sambil memerhatikan ladang Kinta Kellas
Gambar dari pintu masuk utama Kellie's Castle
Rongga udara dari batu-bata
Tangga menuju ke tingkat atas yang menempatkan tempat simpanan barang kering, railing kayu ini dibuat dari pada kayu chengal
Kemasan lantai yang cantik dan masih terpelihara di ruang minuman Tuan Kellie dan juga tempat simpanan barang
Tiang-tiang ini merupakan shaft udara yang dibuat untuk membantu pengudaraan terowong bawah tanah, di percayai castle ini mempunyai 4 terowong rahsia
Senibina Moorish tegas diperlihatkan dengan arch tingkap ini, frame tingkap ini dibuat dari kayu Chengal
Koridor utama di tingkat 2, sebahagian dinding ini telah diplaster dengan kemasan dari bahan tertentu. Ia sangat licin dan tekstur kemasan nampak seperti marmar (licin dan keras) berbanding dengan plaster atau skimcoat zaman sekarang.
Korridor utama di tingkat bawah, di sini dikatakan roh Tuan Kellie berlegar-legar di malam hari menjaga rumahnya ini, kerana beliau meninggal ketika dia di Lisbon, Portugal dan tidak dapat melihat perkembangan pembinaan di saat akhir hayatnya.
Perigi ini adalah merupakan juga ventilation shaft kepada terowong rahsia yang menghubungkan kepada sebuah kuil yang jaraknya 500m dari castle
Photo dari ruang makan di tingkat bawah, ruang ini sangat sejuk dan mempunyai pemandangan yang cantik di samping berdekatan dengan ruang dapur serta rumah pekerja
Laluan ke bilik rahsia dimana Tuan Kellie bercadang untuk menjadikan ia tempat persembunyian anak-anaknya dan juga isteri jika berlaku sebarang malapetaka, dari bilik rahsia itu kita akan dapat lihat sesiapa sahaja yang menyeberangi sungai dan juga dapat melihat ke arah kuil